NOTA TAJWID
CARTA TAJWID
FLASH TAJWID
HUKUM ALIF LAM DAN MAD
Alif Lam Qamariah
Apabila di atas huruf lam ada tanda sukun.
Alif Lam Syamsiah
Apabila di atas huruf lam tiada tanda
sukun.
Mad
Bahasa : menambah / memanjangkan
Istilah : memanjangkan suara pada kadar
2 hingga 6 harkat pada huruf mad
( alif , waw, ya )
|
|
Mad Jaiz Munfasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam
2 kalimah
Panjang bacaan 4 / 5 harkat
Mad Wajib Muttasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam
1 kalimah
Panjang bacaan 4/5 harkat
|
|
Mad Lin
Apabila huruf waw atau ya bertanda sukun
yang huruf sebelumnya berbaris atas, dan huruf selepasnya
dibaca sukun kerana wasal.
Panjang bacaan 2, 4 atau 6 harkat
Mad Aridh Lis Sukun
Apabila bacaan diwaqafkan pada huruf
akhir dan terdapat huruf mad sebelumnya.
Bacaan panjang 2, 4 atau 6 harkat
|
|
Mad Silah Qasirah
Apabila huruf ha tidak bertemu hamzah
dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 2 harkat
Mad Silah Tawilah
Apabila huruf ha bertemu hamzah dalam
2 kalimah
Kadar bacaan 4 atau 5 harkat
Mad Tamkin
Apabila terdapat dua huruf ya dalam 1
kalimah dengan ya pertama bersabdu dan ya kedua sukun
|
|
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Apabila huruf mad bertemu dengan huruf
sukun dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 6 harkat
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
Apabila huruf mad bertemu huruf bersabdu
dalam 1 kalimah
Kadar bacaan 6 harkat
|
QALQALAH
Qalqalah
Bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf Qalqalah disukunkan.
Qalqalah Sughra
Bunyi lantunan yang rendah sedikit pada huruf Qalqalah.
Qalqalah Kubra
Bunyi lantunan yang besar pada huruf Qalqalah yang diwaqafkan. |
NUN MATI DAN TANWIN & MIM SAKINAH
Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf hija'iyyah akan menghasilkan 4 hukum tajwid
IZHAR HALQI / IKHFAK HAKIKI / IDGHAM MAALGHUNNAH / IDGHAM BILAGHUNNAH / IQLAB
Hukum Mim
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Hija'iyyah akan menerbitkan 3 hukum
IKHFAK SYAFAWI / IZHAR SYAFAWI / IDGHAM MISLAIN
|
Izhar Halqi
Apabila huruf nun bertanda sukun atau tanwin bertemu dengan 6 huruf Izhar.Bacaan jelas dan terang
Iqlab
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf ba.
Ikhfak Hakiki
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 15 huruf Ikhfak Bacaan dengung |
|
Idgham Bighunnah/Maal Ghunnah
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan 4 huruf Idgham.Bacaan dengung
Idgham Bila Ghunnah
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 2 huruf ( lam dan ra )Bacaan jelas
Idgham Mislain/Mutamasilain
Apabila mim sukun bertemu dengan mim bersabduBacaan dengung |
|
Ikhfak Syafawi
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Ikhfak Syafawi ( ba )Bacaan dengung
Izhar Syafawi
Apabila mim sukun bertemu dengan semua huruf kecuali mim dan ba.Bacaan jelas dan nyata |
POSTER TAJWID
0 komentar
Posting Komentar