Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mencabut Uban?
Ada yang tidak dapat
difikirkan oleh akal biasa kita sebagai manusia yang hidup di zaman
teknologi kita melibatkan hampir semua perintah Rasulullah yang
menyangkut ilmu pengerahuan. Contohnya larangan seorang Muslim tidak
boleh minum sambil berdiri. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan
di setiap helaian rambut yang sudah memutih atau dipanggil uban.
Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, "Uban
adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun
sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu
kebaikan dan akan meninggikan darjatnya " ( HR. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami ' Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan ).
Muhammad bin Hibban At
Tamimi rahimahullah yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban, dalam kitab
sahihnya menyebutkan pembahasan " Hadith yang menceritakan bahawa Allah
akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan
darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia. "
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadis berikut. Dari Abu Hurairah , Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda ,
"
Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat
nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan
uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan
dihapuskan satu kesalahan , juga dengannya akan ditinggikan satu derajat
, " ( HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya . Syaikh Syu'aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan ).
Pada tahun 2012, Ismael
Galvan Galvan dari Muzium Nacional de Ciencias Naturales Sepanyol
menjalankan kajian tentang uban. Dari hasil para penyelidik itu
menunjukkan uban merupakan tanda anda akan mempunyai hidup panjang dan
sihat. Namun khabar buruk bagi anda yang mempunyai rambut merah kerana
ini berkaitan tahap yang lebih tinggi untuk mengidap kanser.
"Pada manusia, melainkan
kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yang sama. Hal ini menghadkan
pengetahuan pada kesan fisiologi pigmentasi, " kata Galvan .
Uban menandakan ketiadaan melanin. Ertinya uban merupakan tanda hidup yang sihat.
" Jauh dari tanda berkaitan penuaan, uban menunjukkan keadaan yang baik, " tegasnya. Jadi , anda sudah beruban ? Subhanallah ...
*Artikel diterjemahkan dari sumber islampos.com/ Video Ustaz Azhar Idrus
0 komentar
Posting Komentar