Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
Cara Melaksanakan Solat Taubat :Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, yaitu setelah berwudu dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
1. Waktu di lakukan – bila merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
2. Lafaz niat: “Sengaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada pembahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – silahkan rujuk kpd pakar feqah)
3. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu ayat atau surah dalam al-Quran.
4. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu ayat atau surah dalam al-Quran.
5. Sewaktu sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Artinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
6. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Artinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
7. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Artinya : Daku
memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon
ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi
Maha Mengurus!
Daku
bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa
yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak
mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang
Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya
Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih
dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat
kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan
mengulanginya.
Ya
Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan
pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku.
Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku
sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka
berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya
Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku
dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang!
Artinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
8. Kemudian boleh juga berdoa mengikuti luapan hati dan munajat masing-masing ke hadhirat Allah.
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
NB : jangan pernah jemu untuk memohon keampunan kerana syaitan tidak pernah jemu untuk menarik anak Adam untuk bersamamya didalam neraka..nauzubillah..
0 komentar
Posting Komentar